Cucur Jawa
---------------
Kalau di semenanjung cucur dikenali sebagai cucur jawa.di Sabah dan Sarawak dipanggil cucur penyaram.
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
secubit garam
Bancuh gula merah bersama air.Tapis air gula.
Adun tepung gandum bersama tepung beras,garam dan gula pasir
Sebatikan adunan bersama air gula.Tapis adunan
Simpan selama 7-8 jam di dalam peti ais.
Selepas 8 jam keluarkan dari peti ais dan biarkan dulu selama 1/2 jam sebelum digoreng
Adunan digoreng dengan minyak yang sedikit dengan api sederhana kecil

No comments:
Post a Comment