Bahan bahannya 3 biji telur 1/2 gelas gula halus secubit garam 1 cawan tepung gandum
Translate
Wednesday, September 23, 2020
Thursday, September 17, 2020
Kolca
Biskut/Kuih Kolca
5 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
3 sudu minyak sapi cair
5 biji telur
1 sudu jintan manis jika suka
Uli kesemua bahan.
Perap 1 jam sebelum digoreng
Kek Marjerin Planta
Bahan -bahan
250 gm (1 cawan) marjerin
250 gm tepung kek
250 gm tepung gandum
250 gm gula
5 biji telur
esen vanilla
2 sudu susu manis
Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.Masuk telur satu persatu.Pukul lagi hingga kembang.Masuk tepung sedikit demi sedikit.Masuk susu dan esen vanilla.Warnakan kek jika suka.
Bakar kek dalam ketuhar 170 darjah selama 40-45 minit hingga masak
Sunday, September 13, 2020
Kek Coklat Moist Lembab
Kek Coklat Moist 3 biji telur 4 oz tepung gandum 6 oz tepung susu penuh krim 6 oz air sejuk 3 oz gula halus 1 sudu soda bicarbonate 3 oz serbuk koko 6 oz minyak sayuran
Cara-caranya:
1.Ayak tepung gandum,serbuk koko
2.Campurkan kesemua tepung dan soda bicarbonate hingga sebati
3.Masuk telur ke dalam adunan tepung
4.Masuk gula dan pukul lagi adunan hingga sebati
5.Masuk air sejuk dan gaul rata
6.Akhir sekali sebatikan adunan dengan minyak sayuran
7.Alas loyang kek dengan kertas minyak.Tuang kek
8.Bakar kek selama 40-60 minit dalam suhu 170 darjah celcius
Coklat Ganache Double boil 250 gm coklat masakan hingga lembut.Masuk 100 gm susu cair.Tuang atas kek .Tabur chocolate rice
💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥💥

Moist Chocolate Cake
3 large eggs
3 oz fine sugar
6 oz wheat flour
6 oz full cream milk powder
6 oz plain water
1 tbsp bicarbonate of soda
6 oz vegetable oil
Mix well all ingredients.Bake in 170 degrees celcius oven for 40-60 minutes
Chocolate Ganache
Double boil 250 gm cooking chocolate until soft.Add in 50 gm butter and 100 gm evaporated milk.Pour on top of cake.Sprinkle with chocolate rice.
Thursday, September 10, 2020
Kek Airmata Berlinang/ Tears Welled Up Cake
Bahan bahan
10 biji telur
130 gm gula halus
4 gelas susu tepung penuh krim
2 gelas air ais
1 sudu b.p
250 gm nestle reduced fat cream
2 sudu eno biasa
345 gm mentega
2 sudu ghee
4sudu susu pekat manis
Cara -caranya;
1.Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2.Masuk telur satu persatu dan pukul lagi hingga adunan kembang dan putih
3.Bancuh susu bersama air ais
4.Masuk bancuhan susu ke dalam adunan dan pukul hingga sebati
5.Masuk susu manis,ghee dan nestle reduced fat cream
6.Akhir sekali masuk eno dan pukul hingga sebati
7.Alas loyang dengan baking paper
8.Kukus kek selama 2 jam
9.Setelah kek masak,sejukkan dalam peti ais sebelum boleh di potong.
Kek airmata berlinang sangat lembut dan basah dan sukar dipotong ketika panas.Enak dimakan sejuk
Tak tahulah kenapa resipi ni dikategorikan dalam kek sedangkan texture kek lebih kepada rupa dan rasa puding.Membuatnya tidaklah susah sangat.Rasanya lemak lemak manis.Enak dimakan sejuk
💓💝💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Ingredients:
10 eggs
130 gm fine sugar
4 glasses full cream milk powder
2 glasses icy cold water
1 tbsp baking powder
250 gm nestle reduced fat cream
2 tbsp ghee
4 tbsp condensed milk
2 tbsp ENO
Steps
1.Beat eggs and sugar till fluffy
2.Add in beaten butter into mixture.Whisk till fluffy
3.Dilute milk powder with water.Then add into mixture.Combine well
4.Add in condensed milk,ghee and reduced fat cream
5.Add in ENO and combine well
6.Pour mixture onto greased mould
7.Steam for 2 hours
8.Place cake into fridge
9.Cut cake when it has already set well
Mixture is mostly liquid and cutting it while its hot is almost impossible.cake is best served cold
Tuesday, September 8, 2020
Sambal Tumis Udang Petai
sambal tumis udang petai
1/2 kilo udang laut (dibuang kulit dan urat belakang)
Bahan kisar:
2 labu bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan
air asam jawa
sedikit belacan
cili kering
3-4 sudu gula
garam
minyak masak
1-3papan petai
Masak cili kering dengan 3-4 sudu gula dan 2-3 sudu minyak masak.Cara ini akan membuat sambal menjadi lebih gelap,cantik dan lebih sedap.Masak hingga warna cili menjadi gelap.
Masuk minyak masak dan biar lebih lebih gelap.Kemudian masuk bahan kisar.
Biar tumisan sedikit kering.Masuk udang hingga masak.Masuk petai,Masak hingga sebati.Masuk air asam jawa,gula dan garam.Gaul masak hingga pekat sedikit.Masuk hirisan bawang merah besar yang dipotong bulat.
Sunday, September 6, 2020
Friday, September 4, 2020
Cekodok Durian/Jemput Jemput Durian/Durian Fritters
Isi durian
Tepung gandum
Air
Gula
Garam
Minyak masak
Wednesday, September 2, 2020
Muffin Pisang/Banana Muffin
Bahan bahan :
3 biji pisang masak dilenyek
1 3/4 tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan minyak masak
campur kesemua adunan hingga sebati.Masuk ke dalam adunan muffin atau papercup.Bakar 180 darjah selama 10 minit.Topping dengan coklat dan gajus jika suka
Cucur Jawa
---------------
Kalau di semenanjung cucur dikenali sebagai cucur jawa.di Sabah dan Sarawak dipanggil cucur penyaram.
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
secubit garam
Bancuh gula merah bersama air.Tapis air gula.
Adun tepung gandum bersama tepung beras,garam dan gula pasir
Sebatikan adunan bersama air gula.Tapis adunan
Simpan selama 7-8 jam di dalam peti ais.
Selepas 8 jam keluarkan dari peti ais dan biarkan dulu selama 1/2 jam sebelum digoreng
Adunan digoreng dengan minyak yang sedikit dengan api sederhana kecil
Ikan Kering Talang Masak Asam
Ikan kering talang masak asam Ikan kering talang dihiris nipis nipis kemudian digoreng garing Tumis hirisan bawang merah,putih,halia dan daun kari Kemudian masuk air asam jawa.Masuk ikan masin yang telah digoreng
Perasakan dengan garam dan gula
Tuesday, September 1, 2020
Sagu Gula Melaka Bersama Buah Buahan Cocktail
Bahan -Bahannya
1 paket kecil sagu biji
2 ketul gula melaka
1 gelas air
1 tin buah buahan cocktail
1-2 tin susu cair
Rendam bjii sagu sehingga kembang.
Apabila sagu sudah kembang bolehlah dimasuk pewarna
makanan jika suka.
Masak sagu dengan sedikit air dan daun pandan sehingga sagu mengembang
lembut dan berkilat
Sediakan gula melaka yang telah dicairkan.Masuk sagu,buah buahan,susu cair dan ketulan ais
Nota: Sukatan resipi hanyalah anggaran.Lebih banyak susu cair lebih enak rasanya
Subscribe to:
Comments (Atom)
Pajeri Nenas
Pajeri Nenas Bahan bahannya: 1 biji nenas di buang kulit dan mata,kemudian dipotong tebal 2 paket rempah kari ayam dan daging+air + bahan ki...
-
Mi Kuah 1 kilo mi kuning dicelur Bahan kisar:Bawang merah Bawang putih Halia ...
-
kosuiKuih Kosui /Kaswi Bahan bahanya: 1 cawan gula merah+ 1 cawan air 1 cawan gula putih 2 3/4 cawan air 2 cawan tepung gandum 1/2 cawan te...


